Tuesday, March 20, 2012

LAWATAN KE ALJENDERAMI

HELWA akan mengadakan lawatan ke Yayasan alJenderami pada 7 April 2012. Semoga kita akan mendapat manfaat.

Sunday, September 25, 2011

Peliharalah iman.....

Alhamdulillah masih diberikan Allah kesempatan untuk beramal kepadaNya. Semoga kita semua akan berjiran disyurga kelak InsyaAllah. Kisah yang didengarkan kelmarin tidak mungkin dapat dilupakan.....Kisah sebuah keluarga yang entah apa matlamatnya. Suami, isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Lengkap. Namun kerana alpa hidup mereka mengutamakan material lalu makanan spiritual terabai.......Alangkah terkejut si ibu dan bapa mendapati anak perempuanya telah melakukan zina dan yang seorang lagi telah keluar rumah mengikut teman lelaki ke bandar....tidak dapat dikesan lokasinya. Bapa hilang punca....ibu cuma menangisi nasib yang malang. Selang beberapa ketika si bapa dan ibu sudah dapat menerima keadaan keluarga yang terabai.....apakah tindakan bijak sebagai ibu dan bapa? Apa yang dipapar perlu diberikan perhatian....mungkin lebih banyak lagi kejadian yang menjijikan dalam masyrakat Islam kita. Persoalanya apakah pernanan kita sebagai anggota masyarakat? Apakah kita cuma mampu melihat? Tidak mampu berbuat sesuatu? Ayuh umat Islam semua bangkit untuk bersama-sama membangunkan ummmah agar kejadian seumpama tidak kedengaran lagi.....Masjid Kariah Panchorjaya membuka ruang seluas-luasnya untuk anda semua menghulurkan sebarang sumbangan....hubungilah kami.

Sunday, September 18, 2011

Masa terus berlalu....

Setelah sebulan berpuasa kini Syawal telah tiba dan terus berlalu tanpa menghiraukan samada kita menantinya ataupun tidak....samada kita sedar ataupun tidak. Tetapi kepada mereka yang sentiasa peka dengan MASA tidak akan melepaskan apa jua peluang ibadah yang ada setiap masa. Hari ini saya dikejutkan dengan berita kematian seseorang yang sentiasa menjaga wudhuk....tepat pukul 11 malam beliau mengambil wudhuk kerana mahu sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Selesai berwudhuk beliau berehat buat selama-lamanya di atas sejadah. Bila diselidiki beliau memang sentiasa menjaga wudhuknya...MasaAllah. Jadi...terpulang kepada kita untuk mengambil peluang setiap saat untuk bersedia menemui Allah. Ramadhan ke...Syawal ke...jangan lupa kerana Allah menanti-nanti kita. Jangan lepaskan peluang yang ada....masa....kesihatan....kewangan...dll.

Thursday, September 15, 2011

ALHAMDULILLAH......

Syukur Alhamdulillah kerana sepakat kata maka terlaksanalah sambutan hari raya bagi Masjid Kariah Panchor Jaya pada 11 September 2011 selepas mengerjakan solat asar berjemaah. Alhamdulillah.....kepada semua yang telah hadir dan yang telah membantu secara lansung dan tidak lansung HELWA mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Kesatuan beginilah yang kita dahagakan. Agar ini kita jadikan titik permulaan untuk masa hadapan yang lebih sepadu dan kukuh. HELWA ingin mempelawa lebih ramai lagi kaun hawa yang dapat berganding bahu dengan HELWA untuk menjalankan aktiviti masjid. Tidak lain hanya untuk sama-sama kita menuju syurga....Silalah hubungi kami tanpa ragu dan bimbang. Hulurkan idea dalam apa bentuk sekalipun.....

Sunday, August 7, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah....setahun lagi Allah memberikan kita peluang untuk berada dalam bulan Ramadhan. Ambillah iktibar dan peluang besar ini untuk mencari sebanyak mungkin rahmah Allah. Adakah Ramadhan lagi tahun mendatang? Layakkah kita menyambut Syawal? Ya Allah...limpahkanlah kurniaMu buat kami sekelian kariah Masjid Panchor Jaya.....

Thursday, August 26, 2010

RAMADHAN....kini kembali lagi

ALHAMDULILLAH buat kesekian kalinya kita masih bernafas di bumi Allah bersama-sama menyambut Ramadhan. Doa saya kepada seluruh ahli kariah masjid PJ carilah cahaya kemenagan sepanjang Ramadhan. Semoga sebulan latihan ini akan menjadi kekal di sanubari.
Ramadhan datang lagi......mungkinkah bertemu lagi ditahun-tahun mendatang? Rebutlah ketika masih ada kesempatan. Ambil peluang untuk merapatkan yang jauh....buang kebencian ditukarkan dgn kasih sayang....tambahkan semangat perjuangan Islam......
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak kepada Ramadhan yang mendatang.

Saturday, June 12, 2010

ZIARAH KE MEDAN INDONESIA

HELWA Mesjid Pachor Jaya akan menganjurkan lawatan ke Medan
pada 23 Dis hingga 26 Dis 2010.
Mereka yang ingin turut serta bolehlah membeli tikit sendiri melalui AIR ASIA dengan butiran seperti berikut:
Bertolak dari LCC jam 1205 23 Disember 2010
Balik dari Medan jam 1800 26 Disember 2010

RM450 per orang perlu dibayar di Medan yang meliputi
perjalanan bas, makan minum serta penginapan.
Maklumat lanjut boleh hubungi:
Dr Hasnah 06-2934061 (helwapanchor@gmail.com
Dr Azam 06-6727072 (azamphd@yahoo.com)

Tentatif program adalah seperti berikut:

MEDAN – LAKE TOBA TOURS
04 DAYS / 03 NIGHTS
23 Dis hingga 26 Dis 2010

Programs Tours :

Days 01 : Medan – Parapat ( L, D ).
Tiba di bandara Polonia Medan rombongan akan di jemput oleh perwakilan kami di Medan, kemudian City tour Medan. Setelah makan siang ditransfer ke Parapat diperjalanan berhenti di pematang siantar kota terbesar kedua setelah Medan untuk berbelanja oleh-oleh khas kota Siantar di toko Pathent shop. Sampai di Prapat sore hari transfer hotel, makan malam di hotel.

Days 02 : Samosir – Berastagi - Medan( B, L, D ).
Setelah sarapan pagi di hotel, pesiar dengan kapal menuju Desa Tomok dan Ambarita untuk melihat kursi dan Meja batu. Siang hari kembali ke parapat makan siang di lokal restaurant, transfer to Berastagi di perjalanan berhenti di Simarjarunjung dan Air terjun sipiso-piso. Tiba di berastagi berkunjung ke pasar buah kemudian check in hotel, makan malam di hotel.

Days 03 : Medan City Tour ( B, L, D ).
Setelah sarapan pagi rombongan menuju Istana Maimun yang merupakan salah satu objek wisata sejarah terletak di kota Medan, kemudian Shopping ke supermarket, pusat batik dan pasar ikan. Sore harinya kembali hotel makan malam di lokal restaurant. Malamnya free program.

Days 04 : Medan – Airport ( B ).
Setelah sarapan pagi acara bebas sampai di transfer ke Airport polonia Medan.