Thursday, September 15, 2011

ALHAMDULILLAH......

Syukur Alhamdulillah kerana sepakat kata maka terlaksanalah sambutan hari raya bagi Masjid Kariah Panchor Jaya pada 11 September 2011 selepas mengerjakan solat asar berjemaah. Alhamdulillah.....kepada semua yang telah hadir dan yang telah membantu secara lansung dan tidak lansung HELWA mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Kesatuan beginilah yang kita dahagakan. Agar ini kita jadikan titik permulaan untuk masa hadapan yang lebih sepadu dan kukuh. HELWA ingin mempelawa lebih ramai lagi kaun hawa yang dapat berganding bahu dengan HELWA untuk menjalankan aktiviti masjid. Tidak lain hanya untuk sama-sama kita menuju syurga....Silalah hubungi kami tanpa ragu dan bimbang. Hulurkan idea dalam apa bentuk sekalipun.....

No comments:

Post a Comment