Sunday, September 18, 2011

Masa terus berlalu....

Setelah sebulan berpuasa kini Syawal telah tiba dan terus berlalu tanpa menghiraukan samada kita menantinya ataupun tidak....samada kita sedar ataupun tidak. Tetapi kepada mereka yang sentiasa peka dengan MASA tidak akan melepaskan apa jua peluang ibadah yang ada setiap masa. Hari ini saya dikejutkan dengan berita kematian seseorang yang sentiasa menjaga wudhuk....tepat pukul 11 malam beliau mengambil wudhuk kerana mahu sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Selesai berwudhuk beliau berehat buat selama-lamanya di atas sejadah. Bila diselidiki beliau memang sentiasa menjaga wudhuknya...MasaAllah. Jadi...terpulang kepada kita untuk mengambil peluang setiap saat untuk bersedia menemui Allah. Ramadhan ke...Syawal ke...jangan lupa kerana Allah menanti-nanti kita. Jangan lepaskan peluang yang ada....masa....kesihatan....kewangan...dll.

No comments:

Post a Comment