Sunday, September 25, 2011
Peliharalah iman.....
Alhamdulillah masih diberikan Allah kesempatan untuk beramal kepadaNya. Semoga kita semua akan berjiran disyurga kelak InsyaAllah. Kisah yang didengarkan kelmarin tidak mungkin dapat dilupakan.....Kisah sebuah keluarga yang entah apa matlamatnya. Suami, isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Lengkap. Namun kerana alpa hidup mereka mengutamakan material lalu makanan spiritual terabai.......Alangkah terkejut si ibu dan bapa mendapati anak perempuanya telah melakukan zina dan yang seorang lagi telah keluar rumah mengikut teman lelaki ke bandar....tidak dapat dikesan lokasinya. Bapa hilang punca....ibu cuma menangisi nasib yang malang. Selang beberapa ketika si bapa dan ibu sudah dapat menerima keadaan keluarga yang terabai.....apakah tindakan bijak sebagai ibu dan bapa? Apa yang dipapar perlu diberikan perhatian....mungkin lebih banyak lagi kejadian yang menjijikan dalam masyrakat Islam kita. Persoalanya apakah pernanan kita sebagai anggota masyarakat? Apakah kita cuma mampu melihat? Tidak mampu berbuat sesuatu? Ayuh umat Islam semua bangkit untuk bersama-sama membangunkan ummmah agar kejadian seumpama tidak kedengaran lagi.....Masjid Kariah Panchorjaya membuka ruang seluas-luasnya untuk anda semua menghulurkan sebarang sumbangan....hubungilah kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment